Sunday 25 September 2011

9 Petua Capai Doa Mustajab

Berikut antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:

  1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."
  2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya."
  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."
  4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."
  5. Hadis Abu Hurairah r.a. Nabi S.A.W. bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada gangguan godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
  6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."
  7. Ata bin Abi Rabahberkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
  8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabukan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dikabulkan'."
  9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memeperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."
Rujukan: '9 petua capai doa mustajab', Variasi, Metro Jumaat 26 November 2010.

    Saturday 10 September 2011

    5 Fasa Zaman Umat Nabi Muhammad

    Mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa.

    "Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

    Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

    Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

    Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

    Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah).

    Kemudian beliau (Nabi) diam."

    [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah]

    Thursday 8 September 2011

    Azab Meninggalkan Solat Fardu

    Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..

    Subuh:
    Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

    Zuhur:
    Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

    Asar:
    Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

    Maghrib:
    Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

    Isyak:
    Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

    URL: http://ohislam.com/azab-meninggalkan-solat-fardu/