Saturday, 29 October 2011

Tujuan Allah menjadikan manusia

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat untuk menyembah-Ku"
(Az-Dzaariyaat ayat 56)

Sunday, 25 September 2011

9 Petua Capai Doa Mustajab

Berikut antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:

  1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."
  2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya."
  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."
  4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."
  5. Hadis Abu Hurairah r.a. Nabi S.A.W. bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada gangguan godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
  6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."
  7. Ata bin Abi Rabahberkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
  8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabukan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dikabulkan'."
  9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memeperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."
Rujukan: '9 petua capai doa mustajab', Variasi, Metro Jumaat 26 November 2010.

    Saturday, 10 September 2011

    5 Fasa Zaman Umat Nabi Muhammad

    Mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa.

    "Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

    Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

    Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

    Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

    Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah).

    Kemudian beliau (Nabi) diam."

    [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah]

    Thursday, 8 September 2011

    Azab Meninggalkan Solat Fardu

    Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..

    Subuh:
    Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

    Zuhur:
    Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

    Asar:
    Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

    Maghrib:
    Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

    Isyak:
    Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

    URL: http://ohislam.com/azab-meninggalkan-solat-fardu/

    Friday, 26 August 2011

    Takwa Penentu Kejayaan Dunia & Akhirat

    Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu adalah sifat takwa." (Surah Al-Baqarah ayat 917).

    Di antara dalil sifat takwa itu bekalan untuk dunia dan akhirat adalah seperti firman Allah S.W.T.:

    • "Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya bagi mereka Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah." (Surah Ali Imran ayat 198).
    • "Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan melipatgandakan pahala baginya." (Surah at-Thalaq ayat 5).
    •  "Kehidupan dunia kelihatan indah bagi orang kafir sehingga mereka memandang rendah kepada orang beriman, tetapi orang yang bertakwa adalah lebih tinggi daripada mereka di hari kiamat." (Surah al-Baqarah ayat 212).
    • "Jika penduduk satu kampung beriman dan bertakwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi." (Surah al-A'raf ayat 96).
    • "Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang soleh (bertakwa)." (Surah al-Anbiya ayat 105).
    • "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya." (Surah at-Thalaq ayat 2-3).
    • "Bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu." (Surah al-Baqarah ayat 282).

    Rujukan: "Takwa penentu kejayaan dunia, akhirat", Tazkirah Remaja Bersama Datuk Mohd Zawawi Yusoh, Metro Jumaat 26 Ogos 2011.

    Monday, 15 August 2011

    The Worst Thief

    "The worst thief is the person who stole the shalat", the companions asked: "How do they steal in shalat?" Then the Prophet said: "(It) does not complete the bow and sujood"
    (Narrated by Imam Ahmad, 5 / 310)

    Monday, 8 August 2011

    Mountains and Doomsday

    Mountain Before Doomsday

    (Surat An-Naba' (The Tidings

    78:6 
      


    Sahih International
    ?Have We not made the earth a resting place
     
    78:7
    Sahih International
     ?And the mountains as stakes

     (Surat Luqmān (Luqman

    31:10
    Sahih International
    He created the heavens without pillars that you see and has cast into the earth firmly set mountains, lest it should shift with you, and dispersed therein from every creature. And We sent down rain from the sky and made grow therein [plants] of every noble kind

    Arrival of Doomsday

     (Surat Al-Mursalāt (The Emissaries
    77:10