Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu adalah sifat takwa." (Surah Al-Baqarah ayat 917).
Di antara dalil sifat takwa itu bekalan untuk dunia dan akhirat adalah seperti firman Allah S.W.T.:
- "Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya bagi mereka Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah." (Surah Ali Imran ayat 198).
- "Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan melipatgandakan pahala baginya." (Surah at-Thalaq ayat 5).
- "Kehidupan dunia kelihatan indah bagi orang kafir sehingga mereka memandang rendah kepada orang beriman, tetapi orang yang bertakwa adalah lebih tinggi daripada mereka di hari kiamat." (Surah al-Baqarah ayat 212).
- "Jika penduduk satu kampung beriman dan bertakwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi." (Surah al-A'raf ayat 96).
- "Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang soleh (bertakwa)." (Surah al-Anbiya ayat 105).
- "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya." (Surah at-Thalaq ayat 2-3).
- "Bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu." (Surah al-Baqarah ayat 282).
Rujukan: "Takwa penentu kejayaan dunia, akhirat", Tazkirah Remaja Bersama Datuk Mohd Zawawi Yusoh, Metro Jumaat 26 Ogos 2011.
No comments:
Post a Comment